Monday, June 30, 2014

Resepi Ayam Goreng KFC Hot N Spicy Sedap



RESEPI AYAM GORENG KFC SIMPLE


PENGENALAN

Resepi Ayam Goreng KFC berasal daripada sebuah restoren makanan segera yang dipanggil Kentucky Fried Chicken (KFC). KFC mempunyai pusat operasi di Louisville, Kentucky, Amerika Syarikat merupakan bahagian Yum! Brands, Inc.. Diasaskan oleh Kolonel Harland Sanders, KFC terkenal kerana ayam gorengnya yang merupakan ketul ayam dalam campuran tepung gandum, garam, lada hitam, dan monosodium glutamat yang dimasak dengan minyak panas di dalam periuk tekanan.

Saluran keluar KFC yang pertama di dunia diasaskan pada tahun 1939 di Corbin, Kentucky. Pada tahun 1952, francais yang sulungnya diasakan di apa yang kini digelarkan South Salt Lake, Utah oleh Harland Sanders dan Pete Harman. Sanders menjual keseluruh francais KFCnya pada tahun 1964 untuk AS$2 juta. Sejak waktu itu, francais ini telah dijual sebanyak tiga kali lagi. Pemilik yang terkini ialah Pepsico yang menjadikannya sebagai sebahagian Tricon Global Restaurants, yang kini digelarkan Yum! Brands, Inc.

KFC Malaysia dipegang oleh KFC Holdings Bhd., satu syarikat kepunyaan Kulim Berhad.

Ayam Goreng KFC sekarang sudah boleh dibuat sendiri.Meskipun tidak sama dengan resepi ayam goreng KFC yang terkenal itu, tetapi paling tidak ia sama seperti Ayam Goreng KFC yang dijual itu. Dan kalau betul cara buatnya, ayam goreng ala kentucky buatan sendiri juga bole menjadi lebih enak . Terutama kalau yang buat itu sang isteri. Dengan sedikit ditambah bibit-bibit cinta, masakan ayam goreng boleh menjadi lebih nikmat. Yang pasti,perasaan untuk menikmati rasa ayam goreng tepung lebih melonjak  bila digoreng sendiri.

Ramai orang suka dengan sensasi ayam goreng yang disadur adunan tepung ala KFC. Tak heran, bila mereka suka. Pasalnya, selain enak, tekstur makanan ini cukup menarik, iatu rangup. Untuk membuat ayam goreng yang seperti itu memang memerlukan resepi yang berbeza dengan yang pada umumnya. Tentu saja harus dengan cara-cara yang sehat dan halal. Jadi, selain dapat dijadikan sebagai menu sarapan, makan siang atau makan malam, ayam goreng ini juga dapat dijadikan sebagai menu sahur atau berbuka puasa.



RESEPI AYAM GORENG KFC


Perap untuk sejam:

·         1 ekor ayam potong ( dipotong mengikut citarasa)

·         7 ulas bawang putih (ditumbuk)

·         2 sudu besar serbuk cili (kalau nak lagi pedas boleh tambah 2 sudu lagi)

·         1 sudu serbuk kari ayam

·         secubit ajinamoto

·         secubit soda bikarbonat

·         garam (2 sudu teh)

·         air sedikit nak bagi rempah senang serap


Bahan untuk tepung salut :

·         2 cawan tepung jagung

·         1/2 cawan tepung gandum

·         1 sudu serbuk cili (atas citarasa masing-masing)

·         garam secukup rasa

·         secubit soda bikarbonat

·         1biji telur



CARA-CARA

1. Lumurkan ayam dengan bahan yang perlu diperap td iatu bawang putih,serbuk cili,serbuk kari ayam,ajinamoto,soda bikarbonat,garam dan air. Perap ayam selama 1 jam.

2. Selepas itu pukul telur ,golek ayam yang sudah diperap tadi ke dalam telur, supaya senang tepung nak lekat pada ayam.

3. Selepas itu letak tepung dan bahan-bahan lain ( bahan dr tepung salut) dalam bekas yang ada penutup.Letak ayam yang dah disalut telur tadi dalam bekas dan tutup bekas tersebut, kemudian goncang bagi tepung salut rata dengan ayam

4. Langkah terakhir goreng ayam dalam periuk, biar ayam tenggelam dalam minyak yang panas. Dalam 15 minit masaklah, hidangkan mengikut kreativi masing-masing ya!


Tips:

1.       Setelah dicuci bersih, sapu daging ayam dengan air jeruk nipis atau lemon untuk mengurangkan bau hanyir.

2.      Disarankan untuk menggunakan air sejuk bukan air putih dengan suhu normal.

3.      Minyak goreng yang digunakan disarankan dalam jumlah yang banyak hingga dapat merendam potongan ayam saat digoreng, supaya masak keseluruhan isinya.

4.      Setelah minyak goreng dalam kondisi panas (harus dalam keadaan panas untuk mula menggoreng), api dikecilkan hingga tahap paling kecil atau sampai medium.


 Ada beberapa hal yang harus diperhatikan juga:

Campuran tepung dan air: Yang harus diingat, campuran tepung sama air ini jangan terlalu pekat, sebaiknya kecairanya sama dengan adunan tepung pisang goreng.

Ketebalan tepung: Banyak yang berpikir bahawa untuk menghasilkan ayam crispy adalah dengan tepung yang tebal. Satu kali balutan tepung sudah cukup untuk menjadikan ayam tersebut rangup.