RESEPI AYAM
GORENG KFC SIMPLE
PENGENALAN
Resepi
Ayam Goreng KFC berasal daripada sebuah restoren makanan segera yang dipanggil Kentucky
Fried Chicken (KFC). KFC mempunyai pusat operasi di Louisville, Kentucky,
Amerika Syarikat merupakan bahagian Yum! Brands, Inc.. Diasaskan oleh Kolonel
Harland Sanders, KFC terkenal kerana ayam gorengnya yang merupakan ketul ayam
dalam campuran tepung gandum, garam, lada hitam, dan monosodium glutamat yang
dimasak dengan minyak panas di dalam periuk tekanan.
Saluran
keluar KFC yang pertama di dunia diasaskan pada tahun 1939 di Corbin, Kentucky.
Pada tahun 1952, francais yang sulungnya diasakan di apa yang kini digelarkan
South Salt Lake, Utah oleh Harland Sanders dan Pete Harman. Sanders menjual
keseluruh francais KFCnya pada tahun 1964 untuk AS$2 juta. Sejak waktu itu,
francais ini telah dijual sebanyak tiga kali lagi. Pemilik yang terkini ialah
Pepsico yang menjadikannya sebagai sebahagian Tricon Global Restaurants, yang
kini digelarkan Yum! Brands, Inc.
KFC
Malaysia dipegang oleh KFC Holdings Bhd., satu syarikat kepunyaan Kulim Berhad.
Ayam Goreng KFC sekarang sudah boleh dibuat
sendiri.Meskipun tidak sama dengan resepi ayam goreng KFC yang terkenal itu,
tetapi paling tidak ia sama seperti Ayam Goreng KFC yang dijual itu. Dan kalau
betul cara buatnya, ayam goreng ala kentucky buatan sendiri juga bole menjadi
lebih enak . Terutama kalau yang buat itu sang isteri. Dengan sedikit ditambah bibit-bibit
cinta, masakan ayam goreng boleh menjadi lebih nikmat. Yang pasti,perasaan
untuk menikmati rasa ayam goreng tepung lebih melonjak bila digoreng sendiri.
Ramai orang suka
dengan sensasi ayam goreng yang disadur adunan tepung ala KFC. Tak heran, bila
mereka suka. Pasalnya, selain enak, tekstur makanan ini cukup menarik, iatu
rangup. Untuk membuat ayam goreng yang seperti itu memang memerlukan resepi
yang berbeza dengan yang pada umumnya. Tentu saja harus dengan cara-cara yang
sehat dan halal. Jadi, selain dapat dijadikan sebagai menu sarapan, makan siang
atau makan malam, ayam goreng ini juga dapat dijadikan sebagai menu sahur atau
berbuka puasa.
RESEPI AYAM GORENG KFC
Perap
untuk sejam:
·
1 ekor
ayam potong ( dipotong mengikut citarasa)
·
7 ulas
bawang putih (ditumbuk)
·
2 sudu
besar serbuk cili (kalau nak lagi pedas boleh tambah 2 sudu lagi)
·
1 sudu
serbuk kari ayam
·
secubit
ajinamoto
·
secubit
soda bikarbonat
·
garam (2
sudu teh)
·
air
sedikit nak bagi rempah senang serap
Bahan
untuk tepung salut :
·
2 cawan
tepung jagung
·
1/2 cawan
tepung gandum
·
1 sudu
serbuk cili (atas citarasa masing-masing)
·
garam
secukup rasa
·
secubit
soda bikarbonat
·
1biji
telur
CARA-CARA
1. Lumurkan
ayam dengan bahan yang perlu diperap td iatu bawang putih,serbuk cili,serbuk
kari ayam,ajinamoto,soda bikarbonat,garam dan air. Perap ayam selama 1 jam.
2.
Selepas itu pukul telur ,golek ayam yang sudah diperap tadi ke dalam telur,
supaya senang tepung nak lekat pada ayam.
3.
Selepas itu letak tepung dan bahan-bahan lain ( bahan dr tepung salut) dalam bekas
yang ada penutup.Letak ayam yang dah disalut telur tadi dalam bekas dan tutup
bekas tersebut, kemudian goncang bagi tepung salut rata dengan ayam
4.
Langkah terakhir goreng ayam dalam periuk, biar ayam tenggelam dalam minyak
yang panas. Dalam 15 minit masaklah, hidangkan mengikut kreativi masing-masing
ya!
Tips:
1. Setelah dicuci bersih, sapu daging ayam dengan
air jeruk nipis atau lemon untuk mengurangkan bau hanyir.
2. Disarankan untuk menggunakan air
sejuk bukan air putih dengan suhu normal.
3. Minyak goreng yang digunakan
disarankan dalam jumlah yang banyak hingga dapat merendam potongan ayam saat
digoreng, supaya masak keseluruhan isinya.
4. Setelah minyak goreng dalam
kondisi panas (harus dalam keadaan panas untuk mula menggoreng), api dikecilkan
hingga tahap paling kecil atau sampai medium.
Ada beberapa hal yang harus diperhatikan juga:
Campuran
tepung dan air: Yang harus diingat, campuran tepung sama air ini jangan terlalu
pekat, sebaiknya kecairanya sama dengan adunan tepung pisang goreng.
Ketebalan
tepung: Banyak yang berpikir bahawa untuk menghasilkan ayam crispy adalah
dengan tepung yang tebal. Satu kali balutan tepung sudah cukup untuk menjadikan
ayam tersebut rangup.